
Sistem Permohonan Aplikasi (PPeSA) dibangunkan untuk memudahkan dan menyelaraskan proses permohonan serta pengurusan aplikasi di peringkat Pusat Komputeran dan Informatik, Universiti Malaysia Kelantan. Melalui sistem ini, pemohon dapat mengemukakan permohonan bagi pembangunan aplikasi baharu atau penambahbaikan sistem sedia ada dengan lebih teratur dan sistematik. Selain itu, PPeSA juga membolehkan pemohon memantau status permohonan mereka secara dalam talian, dari peringkat awal hingga selesai, sekali gus meningkatkan kecekapan dan ketelusan dalam proses pembangunan aplikasi di universiti.