EzyHub pada asalnya dibangunkan sebagai sebuah sistem untuk menguruskan permohonan laman web secara dalam talian.
Namun, selaras dengan keperluan dan perkembangan teknologi, sistem ini akan diperluaskan fungsinya bagi merangkumi
permohonan dalam talian untuk semua proses manual yang dilaksanakan di Pusat Komputeran dan Informatik (CCI).
Dengan pengembangan ini, EzyHub akan menjadi satu platform digital yang lebih komprehensif, memudahkan pengguna dalam mengurus dan
menjejaki permohonan mereka secara lebih sistematik, pantas, dan efisien, sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada proses manual
yang memakan masa.